Jentera lagenda Mazda 787B bakal beraksi di Le Mans 2023

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan model lagenda Mazda 787B ini, mereka mungkin tergolong dalam generasi baharu yang mengidamkan sebuah Tesla di dalam garaj mereka.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Berita baik buat para peminat jentera lumba yang mempunyai runut bunyi yang mengasyikkan itu, di mana MazdaMotor Corporation dilapor akan membawakan jentera ikonik tersebut pada acara tahunan Le Mans 24 jam bertempat di Circuit de la Sarthe, Perancis yang akan berlangsung pada 7-11 Jun ini.

Jentera Mazda 787B akan dipandu sendiri oleh Yojiro Terada, pelumba yang telah melengkapkan perlumbaan Le Mans sebanyak 29 kali sepanjang karier beliau.
 

787B


Selain daripada pameran pertunjukan aksi, Mazda 787B itu juga akan dipamerkan di Muzium Le Mans, dan menyertai acara Le Mans Classic bermula 30 Jun hingga 2 Julai ini.

Mazda 787B merupakan hasil susah payah penyertaan Mazda di dalam acara perlumbaan berprestij ini sejak dari tahun 1970 lagi menerusi model Chevron B16.

Selepas penyertaan model RX-3 dan RX-7, Mazda akhirnya membuat keputusan untuk menjadi serius dengan membina jentera lumba spesifik untuk Le Mans, seperti 717C, 727C, 737C, 757, 767B dan 787.
 

787B


Dengan pengumuman untuk mengharamkan nadi rotari bermula tahun 1992, Mazda mempunyai satu peluang terakhir untuk memenangi Le Mans.

Model Mazda 787 telah dibangunkan semula menjadi 787B, di mana jarak antara roda dipanjangkan sebanyak 25 mm, rim 18 inci yang lebih besar, serta sistem brek gentian karbon, sementara binaan badan dioptimasikan untuk penyejukan yang lebih berkesan serta daya turun yang dipertingkatkan.
 

787B


Dua jentera 787B menyertai perlumbaan bersama-sama sebuah jentera 787B, di mana mereka berjaya merangkul kedudukan nombor enam (787B) dan nombor lapan (787).

Namun, Mazda 787B dengan casis nombor 002 telah berjaya memecahkan rekod merangkul juara keseluruhan Le Mans pada tahun 1991, sekaligus menjadi pengeluar Jepun pertama yang meraih kejayaan dalam acara tersebut.

Nadi empat rotor R26B 2.6 liter itu berupaya menjana kuasa setinggi 700 hp, di mana jentera 787B berjaya melengkapkan 362 pusingan dan hanya memerlukan satu kali penambahan bahan api, penukaran pad dan rotor brek, serta penukaran panel hidung.

 

 

 

Sumber: Mazda

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, enjin konfigurasi lima rotor yang pertama di dunia itu kini sudah pun direalisasikan oleh…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kejayaan yang ke-30, MZ Racing menawarkan model enjin rotari R26B…
Berita Global
Terbaharu, Mazda telah mengemaskini penawaran hatchback segmen B itu dengan elemen yang…