Jentera 'GR Supra' ini akan beraksi buat kali pertama di acara pembukaan di Pomona, California pada Februari tahun depan.
Menurut Paul Doleshal, pengurus kumpulan sukan permotoran di Toyota Amerika Utara menjelaskan, "setelah 10 tahun menggunakan Camry, kami amat teruja untuk mula menggunakan GR Supra sebagai jentera Funny Car.

"Pasukan pereka di TRD (Toyota Racing Development) telah berusaha untuk memasukkan pelbagai elemen daripada GR Supra versi produksi untuk jentera Funny Car yang akan dikendalikan oleh J.R. Todd dan Alexis DeJoria.
Menurut Toyota lagi, mereka telah memperkenalkan penambahbaikan dari segi keselamatan, seperti ruang penglihatan yang lebih luas, ruang 'kabin' yang lebih luas untuk memuatkan helmet, serta busa keselamatan di seluruh kokpit.
Tahun 2021 merangkap tahun yang ke-20 penyertaan Toyota di dalam perlumbaan NHRA, dan secara keseluruhan mereka telah memenangi sebanyak 137 perlumbaan Top Fuel dan 43 Funny Car, serta meraih kejuaraan enam kali di dalam Top Fuel dan tiga kali dalam Funny Car.

Di dalam kategori Funny Car, jentera yang dibenarkan berlumba menggunakan nadi V8 dengan sesaran tidak melebihi 8.2 liter, dan angka output sekitar 8,000 hp dan daya kilas 9,500 Nm.