Jepun hasilkan aloi baharu untuk jimat tenaga EV hingga 5 peratus!

oleh HEZERI SAMSURI|
Proterial, sebuah syarikat Jepun dilaporkan berjaya menghasilkan cara untuk menghasilkan aloi baharu bagi pembuatan motor elektrik dalam EV dan ia mampu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lima peratus.

Syarikat pakar bahan logam itu yang sebelum ini dikenali sebagai Hitachi Metals juga berjaya menggunakan aloi baharu itu untuk mengurangkan saiz dan meningkatkan kelajuan motor elektrik khusus untuk EV.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Aloi amorfus itu mengurangkan kehilangan tenaga sebanyak 90 peratus atau lebih bila dibandingkan dengan kepingan besi yang digunakan di dalam motor elektrik sekarang.

Proterial juga mengumumkan proses pembuatan bahan baharu itu boleh bermula menjelang 2025.

Namun begitu, kos pembuatannya memang akan lebih tinggi kerana aloi baharu itu lima kali lebih kuat dari kepingan besi elektrikal biasa, menjadikan alat pembuatan tumpul lebih awal.

Untuk laporan lengkap, layari Asia Nikkei di pautan ini.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat automotif ketiga terbesar di Jepun ini dijangka mengumumkan keputusan kewangan tahunan…
Berita Global
Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, akan mula mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas komponen…
Berita Global
Tiket biru membolehkan pesalah mengelak daripada didakwa jika mereka membayar denda, dan akan…