Jepun sekat eksport kereta lebih 1,900 cc ke Rusia berkuatkuasa 9 Ogos

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Kerajaan Jepun akan memperluaskan lagi sekatan eksport barangan ke Rusia bermula 9 Ogos ini, di mana ia kini merangkumi kenderaan baharu hibrid dan elektrik, serta kenderaan terpakai dengan sesaran melebihi 1,900 cc.

Menurut laporan Reuters, kabinet Jepun membuat keputusan untuk menyemak semula sekatan eksport ke Rusia yang dapat memperkukuhkan pengkalan perindustrian negara tersebut.

Semenjak kebanyakan pengeluar menghentikan operasi di sana, eksport kenderaan terpakai Jepun meningkat mendadak disebabkan oleh peningkatan permintaan terhadap kenderaan yang tahan lasak dan boleh dipercayai.

Kajian terbaharu menunjukkan serangan ke atas Ukraine telah memberikan kesan kepada industri kenderaan baharu Rusia.

Jika sebelum ini pelanggan Rusia membeli kira-kira 100,000 unit kenderaan sebulan, angka tersebut kini menurun kepada 25,000 sahaja.

Selain daripada peningkatan jualan oleh pengeluar domestik seperti Lada, keadaan tersebut turut memberikan manfaat yang besar kepada pengeluar China.

Sepanjang tahun ini, eksport kenderaan ke Rusia melonjak kepada 140,000 sementara pengeluar China Geely menyaksikan peningkatan sebanyak 88 peratus dari segi jualan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
‎"Bot ini mampu meningkatkan tahap mobiliti dan kecekapan anggota dalam melaksanakan Operasi Udara…
Sukan Bermotor
Izam yang mewakili pasukan Victor Racing berjaya mempamerkan tunggangan bertenaga terutama pada…
Berita Domestik
Beliau berkata, jenama dari China terus mengukuhkan pegangan pasaran, meningkat daripada 3.1…