Setiap satu lokasi diberikan gambar khas yang melambangkan keistimewaan sesetengah tempat, seperti contoh patin tempoyak untuk bandar Temerloh (penulis beri contoh sahaja).
Harga tempahan untuk nombor pendaftaran rekaan baharu itu adalah sekitar ¥1,000 sahaja (RM40.44).
Untuk tahun 2020, pihak kementerian telah menambah 17 buah lokasi baharu bagi memperluaskan lagi penggunaan nombor pendaftaran bercirikan tempatan itu bermula 11 Mei ini.
Tempahan hanya akan diterima bermula 13 April ini dan ia tidak terhad kepada permohonan kenderaan baharu sahaja.
Senarai 17 lokasi baharu adalah Shiretoko, Tomakomai, Hirosaki, Shirakawa, Matsudo, Ichikawa, Funabashi, Ichihara, Koto, Katsushika, Itabashi, Joetsu, Iseshima, Yokkaichi, Asuka, Izumo, and Takamatsu.
Menariknya, segala kutipan yang terkumpul untuk permohonan nombor pendaftaran baharu ini akan digunakan oleh kerajaan tempatan bagi mempromosikan pelancongan serta menambah baik infrastuktur pengangkutan awam di lokasi yang disebutkan tadi.
Sumber: Response.jp