Jerman sasar 1 juta EV atas jalan raya Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Jerman mensasarkan sehingga satu juta unit kenderaan elektrik di atas jalan raya pada bulan Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters (dipetik oleh The Star), Menteri Ekonominya Peter Altmaier memberitahu akhbar Tagesspiegel, program subsidi yang diperkenalkan sebelum ini berjaya meningkatkan permintaan terhadap kenderaan elektrik di negara itu.

"Kami akan mencapai sasaran 1 juta kenderaan elektrik pada bulan Julai ini, enam bulan lewat daripada jangkaan asal," jelasnya.

Tambah beliau lagi, untuk separuh pertama tahun 2021 mencatatkan pengambilan bonus sebanyak 1.25 bilion euro, lebih jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan tempoh 12 bulan tahun lalu.

Altmaier turut berkata, Jerman mungkin akan melepasi sasaran jangka panjang untuk mendaftarkan sehingga 10 juta unit kenderaan elektrik.

Laporan awal tahun lalu menyebut kerajaan Jerman telah membayar subsidi kenderaan elektrik enam perpuluhan lima kali ganda lebih banyak untuk tahun 2020 berbanding apa yang telah dibelanjakan untuk tahun 2019.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV…
Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…