Keputusan EU untuk siasat subsidi EV dari China mungkin bawa impak negatif - BMW

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat automotif premium Jerman, BMW percaya keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk menyiasat subsidi EV oleh kerajaan China akan mempunyai lebih banyak impak negatif.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan BMW, Walter Mertl, siasatan itu akan mewujudkan risiko China untuk bertindak balas dan memberikan kesan kepada syarikat-syarikat automotif Eropah yang berdagang di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV dari China yang dijual di Eropah mempunyai harga yang jauh lebih rendah.

China ialah pasaran terbesar untuk BMW, Mercedes-Benz dan Volkswagen. Walaupun 90 peratus BMW yang dijual di China meamng dipasang di sana, ada beberapa komponen dan bahan yang diimport dari Eropah.

"Jika China mahu bertindak balas, ia boleh mengenakan tarif yang tinggi untuk komponen dan bahan yang dibawa masuk dari Eropah," terang Mertl.

Mertl juga berkata jualan EV BMW semakin meningkat dan syarikat itu mampu mencapai objektif jualan EV sebanyak 15 peratus untuk tahun ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…