JKDM rampas enam kereta klon, dua motosikal kuasa tinggi dan tiga RXZ

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas enam buah kereta klon, dua motosikal berkuasa tinggi dan tiga buah RXZ hasil operasi serta risikan selama dua bulan bermula 15 Februari hingga 15 April.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, operasi tersebut tidak tertumpu di Kelantan sahaja tetapi meliputi negeri Selangor, Johor Bharu dan Kedah dengan anggaran nilai serta cukai semasa berjumlah RM579,418.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

"Bagi kenderaan klon ini ianya diseludup dari Singapura.

"Kenderaan (motokar) diklasifikasikan sebagai barangan import yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Bahagian I, Butiran 3(2), Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

"Manakala motosikal diklasifikasikan sebagai barangan import yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, Butiran 7, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Khamis.

Menurut beliau, kedua-dua kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1957.

Dalam perkembangan sama, Wan Jamal Abdul Salam menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk membeli kenderaan serta motosikal yang menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Ujarnya, kebiasaan kenderaan atau motosikal ini dijual dengan harga yang lebih murah iaitu 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, trafik dijangka sesak di semua laluan bermula 28 Mac memandangkan kebanyakannya sudah…
Berita Domestik
“Daripada jumlah itu, 46 trip adalah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu (KL-KB). “Untuk…
Berita Domestik
Menurut beliau, kerajaan negeri menetapkan tempoh tertentu bagi Perak Transit untuk membuat…