Lari dari polis, Kancil terbalik rempuh rumah penduduk

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Kereta dinaiki tiga lelaki terbabas dan melanggar sebuah rumah selepas mereka dikatakan cuba melarikan diri daripada polis di Kampung Kedondong, Meranti di Pasir Mas, pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata kejadian 7.35 malam ketika anggota polis menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan pentadbiran Balai Polis Meranti di sini, sebelum mendapati sebuah Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju.

"Anggota polis mengekori kenderaan berkenaan dan mendapati kereta itu terbabas di kawasan selekoh serta melanggar rumah penduduk.

"Salah seorang daripada suspek ini cuba melarikan diri ke semak berdekatan, namun ketiga-tiga mereka ditangkap anggota bertugas.

"Semakan rekod mendapati semua suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman empat hari bermula 21 sehingga 24 Mac untuk membantu siasatan.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu Perodua Kancil itu maut di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia dua tahun…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, ujarnya, Perodua Kancil berwarna merah itu tidak dapat dikenal pasti nombor…
Berita Domestik
Antara yang paling menjadi rebutan ialah Wira C99 dimana ia hanya dihasilkan sebanyak 2,500 unit…