JMS 2023: Adakah ini Delica offroad generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi mengambil kesempatan untuk mendedahkan sekeping gambar acah model crossover off-road yang bakal dipamerkan dalam acara Japan Mobility Show 2023 nanti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar, model konsep yang masih belum diberikan nama rasmi itu merupakan sebuah kenderaan pelbagai guna yang direka khas untuk laluan off-road.

Menariknya, dalam siaran media Mitsubishi turut menggunakan istilah trenkuasa berelektrik yang digandingkan dengan sistem pacuan empat roda elektrik pada model konsep ini.
 

m


Besar kemungkinan ia bakal menampilkan trenkuasa plug-in hybrid dengan keupayaan pemanduan elektrik tulen.

Selain daripada rekaan badan yang berkotak, bahagian belakang model tersebut menampilkan unit pencahayaan berbentuk T, diikuti dengan kotak bumbung yang besar dan kelihatan penggunaan kamera sisi berdasarkan saiz struktur yang nipis.

Jadi, adakah ini model konsep Delica yang terbaharu?
 

m


Selain daripada model crossover off-road, Mitsubishi bakal membawakan sebuah lagi model konsep yang direka untuk mobiliti perbatuan terakhir di laluan off-road, serta model prototaip trak pikap Triton generasi baharu.

Untuk makluman, Mitsubishi Triton akan membuat kemunculan semula di pasaran Jepun pada awal tahun depan buat pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun.
 

m


Baca: Mitsubishi Triton 2024

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebuah kereta yang sangat cantik pernah dihasilkan oleh Mazda yang mampu memenuhi…
Berita Domestik
Tahun lalu, syarikat automotif nombor satu negara itu mencatat jualan sebanyak 69,011 unit bagi…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…