Kenapa Iconic SP ada lampu pop-up? Ini penjelasan ketua unit rekaan Mazda

oleh Mohamad Hanif|
Secara jujurnya, penulis masih lagi belum dapat melupakan kelibat konsep kereta sports Mazda Iconic SP yang menjadi tumpuan utama pada acara Japan Mobility Show 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebuah kereta yang sangat cantik pernah dihasilkan oleh Mazda yang mampu memenuhi keperluan golongan petrolhead dalam era baharu - sekiranya ia direalisasikan.

 


Ketua unit rekaan Mazda Masashi Nakayama dalam satu temubual bersama laman Top Gear (pautan video di atas) menjelaskan, Mazda RX-7 bertindak sebagai sumber utama inspirasi dalam proses rekaan, dan beliau mahukan orang ramai berfikir tentang RX-7 apabila melihat rekaan sebenar Iconic SP.

Ketika ditanya kenapa Iconic SP mempunyai lampu jenis pop-up, Nakayama menjawab, "Kenapa tidak? Ia nampak bergaya, bukan?"

Ujarnya lagi, pemilihan lampu ikonik itu merupakan salah satu pendekatan rekaan di luar logik yang cuba untuk disampaikan oleh Mazda untuk model-model masa akan datang.
 

mazda


Mazda Iconic SP menggemparkan dewan pameran Tokyo Big Sight tahun lepas dengan membawakan rangkaian kuasa enjin dua rotor berkuasa 370 PS sebagai sebuah produk yang mampu memenuhi keinginan golongan yang mahukan sebuah kereta sports kompak.

Namun, tidak seperti Mazda RX-7 dan RX-8, enjin rotari tersebut tidak mempunyai sambungan langsung kepada roda belakang.

Sebaliknya enjin tanpa omboh itu akan digunakan sebagai unit penjana kuasa untuk mengecas pek bateri Iconic SP - konsep yang sama digunakan pada Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV.

Baca: Mazda ICONIC SP @ Japan Mobility Show 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak daripada itu, khabar angin tentang kemunculan model pengganti RX-7/RX-8 sudah lama bertebaran…
Berita Global
  Lama berehat, enjin rotary diperbaharui dan tampil semula di dalam MX-30 R-EV yang…