JMS 2023: Lexus LF-ZC, LF-ZL Concept diperlihatkan, produksi tahun 2026

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara pameran Japan Mobility Show 2023, Lexus mempamerkan dua buah model konsep kenderaan elektrik bateri (BEV) yang bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun 2026.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua model yang dimaksudkan itu ialah LF-ZC (Lexus Future Zero-emission Catalyst) dan model bertaraf mercu LF-ZL (Lexus Future Zero-emission Luxury).

Lexus LF-ZC membawakan tema rekaan “Provocative Simplicity” yang mencerminkan evolusi identiti unik Lexus, dengan binaan badan yang aerodinamik (sasaran pekali seretan 0.2) serta ruang kabin yang luas.
 

Lexus


Terima kasih kepada rekaan lantai yang rata serta penambahan bumbung kaca panorama, LF-ZC berjaya menawarkan pengalaman ruang dalam yang lebih luas yang sukar untuk diduga jika dilihat daripada luar.

Disebalik roda stereng yang bersegi itu, Lexus menempatkan butang kawalan penukaran gear transmisi, ADAS dan mod pemanduan pada pad digital di sebelah kiri, sementara pad digital sebelah kanan pula dikhususkan untuk kawalan fungsi muzik, panggilan suara, dan bantuan kepintaran AI “Butler”.

Terdapat juga sistem paparan head-up (HUD) yang dapat membantu pemandu mengekalkan tumpuan atas jalan raya.
 

Lexus


Sementara skrin di bahagian penumpang juga boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis kegunaan.

Segala skrin itu tadi dikendalikan oleh sistem operasi Arene OS, di mana sistem itu tadi direka untuk menawarkan pengalaman dan dinamik pemanduan yang lebih menyeluruh, seperti ‘meniru’ operasi pelbagai jenis operasi, karakteristik pemanduan, bunyi dan gegaran kereta lain.

Lexus turut menerapkan penggunaan bahan Bamboo CMF (colour, material, finish) Concept yang lebih lestari, bukan sahaja membantu memudahkan urusan kitar semula, malah menaikkan lagi elemen kemewahan ke tahap yang lebih tinggi.

Generasi baharu BEV Lexus akan dibina menggunakan teknologi gigacasting yang membahagikan badan kenderaan kepada tiga komponen utama, iaitu depan, tengah dan belakang.
 

LF-ZCX


Selain daripada itu, penggunaan bateri berprestasi tinggi termaju pada BEV Lexus ini mampu menyumbang kepada jarak gerak yang lebih jauh apabila digandingkan dengan aspek aerodinamik kenderaan yang lebih baik, serta berat badan yang lebih ringan.

Bateri berprofil rendah pula menawarkan tahap fleksibiliti rekaan kenderaan, selain menyumbang kepada titik graviti yang rendah untuk dinamik pemanduan yang dipertingkat.
 

ZL


Lexus LF-ZL pula menggambarkan model mewah bertaraf mercu Lexus masa depan yang bakal menawarkan pengalaman pemilikan yang berprestij melebihi apa yang ditawarkan pada sesebuah kereta.

Sama seperti LF-ZC, LF-ZL juga menggunakan senibina BEV generasi baharu, perisian Arene OS, selain menawarkan ruang kabin yang lebih luas, penggunaan bahan buluh yang lestari dan mengekalkan ciri tradisi Omotenashi yang ditawarkan pada model-model Lexus.
 

ZL


Dari segi ukuran, Lexus LF-ZC membawakan dimensi sepanjang 4,750 mm, lebar 1,880 mm, tinggi 1,390 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,890 mm.

LF-ZL pula membawakan dimensi yang lebih besar, dengan ukuran sepanjang 5,300 mm, lebar 2,020 mm, tinggi 1,700 mm dengan jarak antara roda 3,350 mm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…