Toyota FT-Se Concept dijangka muncul selepas 2026, transmisi manual mungkin tersedia!

oleh Mohamad Hanif|
Di Japan Mobility Show, Toyota telah memperlihatkan sebuah model konsep sports elektrik yang sangat mencuri tumpuan di atas pentas utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut laporan daripada InsideEVs, pengurus projek GAZOO Racing Design Group dan pereka FT-Se Concept, Hideaki Iida memberitahu kereta sports Toyota itu bakal dilancarkan selepas kemunculan model EV sports Lexus pada tahun 2026.
 

FT-Se


“Kami akan melancarkan model (kereta sports elektrik) Lexus pada tahun 2026, dan bakal disusuli dengan model ini (Toyota FT-Se).

“Kami tidak menjamin tahun bila ia akan muncul, tetapi secepat yang mungkin.
 

supra


Toyota FT-Se dijangka bakal ditawarkan dengan kotak gear manual, lengkap dengan tiga pedal yang sama wujud pada kereta-kereta sports konvensional Toyota.

Ini sangat bertepatan dengan hasrat Toyota itu sendiri yang mahu mengekalkan tradisi kereta sports dengan kawalan manual yang mampu menawarkan pemanduan yang sama mengujakan biarpun dengan trenkuasa elektrik.

Menariknya, dalam temubual tersebut, Iida turut menolak pendapat sesetengah pihak yang mendakwa FT-Se mempunyai kaitan dengan model MR2 atau Supra.

Toyota FT-Se Concept dipamerkan di Japan Mobility Show dengan membawakan reka bentuk sports coupe dua pintu yang sangat cantik dan agresif.
 

F


Malah, susun atur ruang kabin yang sangat hampir kepada versi produksi itu memberikan petunjuk Toyota sedia menawarkan model tersebut kepada para peminatnya.

Apapun, kita tunggu dan lihat hala tuju Toyota (dan GAZOO Racing) dalam menempuh era elektrifikasi yang sedang berkembang pada ketika ini.

Baca: Toyota AE86 Carbon Neutral - EV siap transmisi manual!

Baca: Toyota mahu perkenal transmisi manual untuk EV 2026

Baca: Toyota daftar paten transmisi manual untuk EV!

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…