JMS 2023 - Nissan Hyper Tourer didedahkan, beri bayangan minivan elektrik masa hadapan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah dua model konsepnya didedahkan pada awal bulan ini, Nissan kini mendedahkan satu lagi model konsep yang bakal dipamerkan di acara Japan Mobility Show 2023, iaitu Nissan Hyper Tourer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bakal berlangsung pada 25 Oktober ini, JMS 2023 bakal menyaksikan siri model konsep elektrik terbaharu Nissan untuk dipamerkan, merangkumi empat model konsep secara keseluruhan.

 

2

 

Nissan Hyper Tourer menjadi model konsep ketiga yang didedahkan, di mana ianya hadir sebagai sebuah minivan elektrik yang sememangnya hadir untuk dihadam oleh generasi masa hadapan.

Menurut Nissan, model konsep Hyper Tourer menggabungkan intipati omotenashi (keramahan Jepun) dengan pelbagai teknologi canggih, termasuk pemanduan autonomi.

 

3

 

Tidak seperti dua model konsep pertamanya yang memfokuskan gaya hidup dan aktiviti luar, Hyper Tourer hadir dengan tujuan asas kenderaan, iaitu menjadikan perjalanan dengan penumpang lebih ramai yang lebih futuristik dan selesa.

Pada bahagian luaran, ia menampilkan panel badan yang licin dan garis tajam yang menunjukkan kecantikan tradisional Jepun, bersama rekaan sisi mengalir dari fender hadapan ke belakang yang lebih tinggi bagi menghasilkan aerodinamik lebih baik.

 

5

 

Manakala pada bahagian dalaman, ia menampilkan ruang yang luas, berkat dari bantuan Nissan EV Technology Vision, yang menyatukan pelbagai komponen padat dan bateri solid-state bagi menjadikannya sebuah EV dengan pakej lengkap.

Gabungan teknologi itu menjadikan Hyper Tourer dengan pusat graviti ultra-rendah, digabungkan pula dengan sistem kawalan semua roda e-4ORCE yang menghasilkan pecutan dan nyahpecutan lebih lancar.

 

4

 

Sama seperti Hyper Adventure, Hyper Tourer turut dilengkapi teknologi V2X yang mampu membekalkan keperluan elektrik pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Antara ciri menarik lain yang dihadirkan ialah tempat duduk hadapan boleh berpusing 360 darjah, membolehkan semua orang berbual secara bersemuka sambil kereta sedang bergerak, di mana ianya dibantu oleh pemanduan autonomi EV.

 

6

 

Terdapat juga paparan tengah tempat duduk hadapan yang boleh dikawal oleh penumpang dan sistem kecerdasan buatan (AI) untuk memantau pemandu dan penumpang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…