Di bawah semangat “Inheritance and Evolution”, Toyota akan terus berusaha menjadi sebuah syarikat yang mampu menghasilkan produk terbaik (Product Centered) untuk memenuhi keperluan setiap pasaran (Region Based).
Dalam masa yang sama, Toyota akan berevolusi menjadi sebuah syarikat mobiliti sebenar yang akan mengejar pelbagai jalan untuk mencapai Neutraliti Karbon.
Konsep mobiliti Toyota ini merangkumi tiga teras utama, iaitu Elektrifikasi, Kepelbagaian dan Kepintaran yang mesti dijalankan di dalam satu ekosistem bersepadu, seperti berikut:
• Elektrifikasi – Toyota kekal komited dengan pendekatan multi-pathway yang menawarkan penyelesaian elektrifikasi yang spesifik untuk pengguna dan pasaran.
• Kepelbagaian – satu pendekatan yang penting untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis pelanggan, tanpa mengira julat pendapatan, kereta penumpang dan juga kenderaan komersial.
• Kepintaran – satu lagi faktor penting dalam sinergi mobiliti di kalangan pelanggan individu dan pelanggan armada, serta kesepaduan infrastruktur untuk menjadikan sistem pengangkutan yang lebih cekap, dan menyumbang kepada pengurangan emisi karbon.
Antara contoh yang bakal dipamerkan oleh Toyota pada Japan Mobility Show 2023 tahun ini ialah projek IMV (Innovative Internasional Multipurpose Vehicle) 0 yang direka untuk pelanggan berpendapatan rendah, dengan ciri yang mudah disesuaikan untuk memenuhi pelbagai segmen pelanggan.
Selain daripada itu, Toyota juga telah memulakan projek percubaan Thai Dream dengan rakan kongsi Commercial Japan Partnership Technology (CJPT) seperti Isuzu dan Hino untuk memajukan infrastruktur tenaga, kenderaan berelektrik, serta intrastruktur data dan IT negara Thailand.
Penyelesaian yang sama dengan mengintegrasikan tiga tunjang utama itu tadi juga turut dipertimbangkan untuk pasaran lain, namun dengan pendekatan yang lebih disesuaikan.