JMS 2023: Toyota FT-Se Concept beri gambaran kereta sports berkuasa elektrik GAZOO Racing masa depan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota menyingkap tirai acara Japan Mobility Show 2023 pada tahun ini dengan mempersembahkan sebuah model kereta sports berkuasa elektrik, FT-Se (Future Toyota Sports electric).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada sebarang spesifikasi trenkuasa didedahkan buat masa ini, melainkan lencana BEV yang terpampang pada bahagian sisi, serta tampalan beberapa logo GR.
 

FTSe


Berbanding model GR Sports Concept 2021, Toyota FT-Se ini nyata jauh lebih moden, dengan perkadaran bentuk badan yang lebih sporti dan seksi.

Rupa paras agresif di bahagian depan itu disumbangkan dengan rekaan hidung yang tajam, bukaan liang udara yang besar, diikuti dengan jalur DRL LED menegak sehingga ke bahagian sisi.
 

FTSe


Model konsep yang dipamerkan itu turut membawakan pemegang pintu terbenam, set angkup brek berwarna merah, serta cermin sisi yang halus.

Tema agresif itu diteruskan di bahagian belakang, jalur lampu LED yang nipis itu turut bertindak sebagai sirip yang mampu membantu aspek aerodinamik, diikuti dengan spoiler ekor itik.
 

FTSe


Masuk ke dalam ruang kokpit, pemandu akan disambut dengan roda stereng yoke yang diapit dengan dua skrin pada kiri dan kanan, diikuti dengan skrin kluster digital di hujung cermin windscreen.

Selain itu, terdapat juga tempat duduk bucket Recaro dengan balutan upholsteri Alcantara biru, serta sulaman bahan plastik yang boleh didapati pada panel pintu, bahagian bawah papan pemuka dan konsol tengah.
 

FTSe


Sayang sekali, tiada sebarang tombol gear manual kelihatan pada ruang tersebut. Mungkin Toyota lupa.

Jadi, adakah FT-Se ini bakal menggantikan tempat GR Supra, atau bakal lahir sebagai sebuah model serba baharu, mungkin sekali GR MR2?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…