JPJ keluarkan lebih 14,000 saman kepada warga asing dalam operasi khas motosikal

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 14,527 saman terhadap penunggang motosikal warga asing di seluruh negara atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula 1 Sept hingga 20 Sept lepas.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesen memandu dengan 6,268 saman, tiada perlindungan insurans (2,667), lesen kenderaan motor tamat tempoh (2,657) dan lain-lain kesalahan teknikal 1,948 saman.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"JPJ memandang serius isu ini terutamanya warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah kerana mereka jelas tidak mengetahui peraturan jalan raya dan boleh mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

"JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan tindakan tegas akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan keselamatan jalan raya," katanya pada sidang media selepas operasi bersepadu jabatan berkenaan di Bangsar di sini malam tadi.

Lokman berkata dalam operasi selama empat jam yang berakhir tengah malam Ahad, sebanyak 1,459 kenderaan diperiksa dengan 854 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya memandu tanpa lesen (327), lesen kenderaan motor tamat tempoh (143), insurans tamat tempoh (123) dan nombor pendaftaran (80).

Selain itu, 98 saman dikeluarkan bagi kesalahan cermin gelap, kesalahan teknikal (36), ekzos (18), penggunaan lampu HID (empat) dan lain-lain kesalahan (25), katanya.

Beliau berkata dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu, seramai 19 warga asing ditahan melibatkan 17 lelaki dan dua wanita atas pelbagai kesalahan imigresen.

 

-- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Berita Domestik
“Dalam operasi pada sebelah pagi semalam (Selasa) sahaja, kita berjaya menahan 23 warga asing…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…