Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, suspek berusia 40-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor di Genting Highlands pada 3.30 pagi tadi.
Katanya, turut dirampas sebuah kereta dipandu suspek yang digunakan pada hari kejadian.
Sabtu lalu, suspek yang memandu Mitsubishi Lancer dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu memukul pengguna jalan raya menggunakan tongkat.
Dalam kejadian 1.58 petang, suspek bertindak memukul seorang lelaki tempatan kerana tidak berpuas hati apabila kenderaannya dihalang menggunakan laluan kecemasan.
Difahamkan, ketika kejadian, keadaan lebuh raya sesak teruk memandangkan cuti Tahun Baharu Cina dengan suspek memandu kereta Mitsubishi Lancer dikesan menggunakan laluan kecemasan.
Mangsa bersama ahli keluarga menaiki Toyota Innova kemudian bertindak menghalang kenderaan suspek, menyebabkan berlaku pertengkaran mulut.