JPJ Pahang - 2,204 saman dikeluarkan sepanjang operasi Hari Raya Aidilfitri 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook JPJ Pahang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan 2,499 notis termasuk 2,204 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi penguatkuasaan sempena Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) di negeri ini.


Dalam operasi selama 10 hari bermula 18 April hingga 27 April lalu, sebanyak 8,342 kenderaan diperiksa dengan 1,337 daripadanya telah diambil tindakan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) termasuk insurans merekodkan kes tertinggi.

"Kesalahan paling banyak dikesan dan diambil tindakan ialah tidak mematuhi isyarat lalu lintas (81 kes), tidak memakai topi keledar (43 kes) dan memotong di sebelah kiri (14 kes).

"Sepanjang tempoh operasi itu, empat kenderaan disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 termasuk sebuah kenderaan klon," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Kamarul Iskandar berkata, pihaknya turut sebuah lori kerana gagal mematuhi arahan larangan yang dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April serta 24 dan 25 April lalu.

Menurutnya, penyamaran anggota sebagai penumpang bas juga berjaya mengesan satu kesalahan memotong di garisan berkembar oleh pemandu bas ekspres.

"Selain itu, Operasi Khas Motosikal turut diadakan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jumlah keseluruhan saman yang dibayar ketika acara tersebut dan melalui baucar diskaun di portal…
Berita Domestik
Beliau berkata, pada dasarnya, semua ahli majlis MBPG bersetuju dan menerima kertas dasar…
Berita Domestik
Beliau bagaimanapun berkata, penguatkuasaan undang-undang itu dijangka hanya akan mula dilaksana…