KPN - Tiada saman pemandu buat 'u-turn' di LTU Raub

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari video tular
Tiada tindakan saman terhadap pemandu kenderaan yang melakukan 'u-turn' melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub, seperti yang tular di media sosial Ahad.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jalan keluar itu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham mereka semua nak balik kampung dan kita juga bukan mahu mencari kesalahan, tetapi hanya mahu permudahkan urusan semua.

"Kita akan lancarkan lalu lintas dan mungkin akan tutup laluan itu bagi mengelakkan perbuatan 'u-turn'. Mungkin ini pendekatan kita," katanya ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh PDRM berhubung isu itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azaman Ahmad Sapri kepada timbalannya, Datuk Nasri Omar yang akan memangku jawatan itu, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), pada Isnin.

Razarudin berkata, lebih 5,900 kekuatan anggota dan pegawai trafik terbabit dalam Op Selamat 22 yang bermula 8 hingga 13 April ini.

Beliau berkata, pihak polis juga akan melakukan pemantauan dan kawalan aliran trafik terutamanya titik hitam dan lokasi panas.

"Tumpuan kita kempen ini (Op Selamat) adalah mendidik rakyat, sikap satu elemen penting yang mana pengguna jalan raya hendaklah bertanggungjawab antara satu sama lain.

"Kita juga mengingatkan orang ramai memandu dengan cermat dan memeriksa kenderaan terlebih dahulu.

"Mereka yang balik kampung diminta memaklumkan kepada balai polis berdekatan bagi memudahkan rondaan cegah jenayah termasuk bukan Islam yang pergi bercuti," katanya.

Beliau berkata, enam kesalahan utama diberi penekanan iaitu memandu melebihi had laju; memandu di lorong kecemasan; memotong di garisan berkembar; memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata beliau sudah memberikan amaran kepada…
Berita Domestik
  Tan Sri Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju dengan usaha kerajaan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hanya beberapa pengecualian akan…