JSPT ambil tindakan - Kanak-kanak perempuan tunggang motosikal RGV 250 dan NSR 250 tanpa topi keledar dan lesen

oleh SALINA JALIL|
gambar dari JSPT
Unit Risikan/Operasi (RO) JSPT Bukit Aman mengesan satu rakaman video berdurasi 43 saat yang tular berkenaan dengan seorang kanak-kanak perempuan menunggang motosikal jenis Suzuki RGV 250 dan Honda NSR 250 tanpa memakai topi keledar dan pastinya tiada lesen memandu.


Video tersebut telah dimuatnaik ke dalam saluran facebook oleh seorang individu yang menggunakan page facebook “Arena Motor”.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Unit RO JSPT telah mengambil tindakan susulan dengan berjumpa kedua-dua pemilik motosikal tersebut.

 

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada tahun 2018 semasa kedua-dua pemilik menghantar motor ke sebuah bengkel motosikal yang terletak di Sijangkang, Banting.

 

Pemilik motosikal mengesyaki motor tersebut telah disalahgunakan oleh mekanik bengkel dengan membenarkan kanak-kanak perempuan iaitu anak kepada pemilik bengkel menunggang motosikal tersebut.

 

saman
Gambar dari JSPT

 

Pada 23 November 2021, Supt Dr Bakri bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT bersama Unit RO telah berjumpa dengan bapa kepada kanak-kanak tersebut dan hasil soal siasat mendapati kejadian berlaku pada tahun 2018 dan dirakam di jalan utama hadapan rumah beliau selain mengesahkan dua buah motosikal tersebut sedang dibaiki.

 

Tujuan beliau membuat rakaman tersebut adalah sekadar suka-suka untuk simpanan beliau serta pelanggan. Beliau juga tidak mengetahui bagaimana video tersebut boleh tersebar.

 

Berdasarkan rakaman video tersebut didapati berlaku beberapa kesalahan trafik iaitu menunggang motosikal tanpa memiliki lesen, tidak memakai topi keledar, dan tiada cermin sisi.

 

Ibu bapa/penjaga juga telah membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal dan tindakan sebegini membahayakan dan merisikokan anak beliau dan pengguna jalan raya yang lain berlakunya kemalangan.

 

Tindakan nasihat dan saman dibawah Pol. 257 telah dikenakan terhadap kanak-kanak tersebut dan juga bapanya.

 

JSPT menasihatkan kepada ibubapa dan penjaga agar sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka yang dibawah umur agar tidak memandu/ menunggang kenderaan tanpa lesen memandu.

 

Sekiranya berlaku kecuaian daripada Ibubapa dan penjaga dengan membenarkan anak-anak mereka memandu/ menunggang kenderaan, mereka boleh diambil tindakan dibawah Sek.3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selain Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

- Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, setiap hari statistik kemalangan jalan raya dan kematian akan dikeluarkan secara 'real…
Berita Domestik
Kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari…
Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…