JSPT - Pemanduan lebih had laju rekod saman tertinggi di lebuh raya

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menguji kelajuan kenderaan dan gangguan emosi antara alasan pemandu yang ditahan dalam Op Bersepadu Luaran Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Selatan 3 dekat Plaza Tol Skudai menghala arah selatan dan susur Senai Utara, Johor Bahru pada Rabu.

Itu antara kesalahan dikesan melibatkan pemanduan melebihi had laju ditetapkan yang merekodkan saman tertinggi dalam operasi berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor serta Polis Bantuan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bermula kira-kira jam 8 malam sehingga jam 11.30 malam.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata, sebanyak 166 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan.

"Kesalahan tertinggi dicatatkan melibatkan pandu laju melebihi had sebanyak 88 saman, tiada lesen (11), cukai jalan tamat tempoh (12) dan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (37).

"Selain itu, enam saman melibatkan kesalahan tiada alat pemadam api, tiada segi tiga keselamatan (3), penggunaan lampu tidak mengikut spesifikasi (5) dan tiada cermin sisi (4)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi sama turut melibatkan saman dan tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Malaysia Johor.

"Sebanyak 253 saman dikeluarkan oleh JPJ Johor melibatkan pelbagai kesalahan terutamanya kenderaan berat termasuk lapan buah lori.

"Selain itu, tangkapan PATI turut dijalankan pihak Imigresen melibatkan seramai 27 individu terdiri daripada warga Pakistan, Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh," katanya.

Menurutnya, operasi ini bertujuan memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya turut mengesan sebanyak 16,142 kes memandu melebihi…
Berita Domestik
Bagi kebanyakan pihak terutamanya pihak berkuasa seperti polis, pelbagai inisiatif yang telah…
Berita Global
  Katanya, ambulans terbabit membawa pesakit itu dari bandar Honnavar ke Kundapur.   "Kemalangan…