JSPT: Ekori rapat kenderaan hadapan punca utama kemalangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kecuaian dan mengekori rapat kenderaan di hadapan dikesan sebagai punca utama berlakunya kes kemalangan jalan raya sepanjang Op Selamat 21 sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ia berdasarkan kajian dilakukan pihaknya terhadap jumlah kenderaan yang terbabit kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Antara punca lain berlaku kemalangan adalah tidak peka dan prihatin sehingga terbabas sendiri dan tidak perasan ada kenderaan atau objek lain di hadapan atau sebelah kenderaan.

"Faktor lain yang menjadi penyumbang utama kemalangan ialah cuai keluar dan masuk simpang serta cuba memotong kenderaan atau menukar lorong," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 21 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Azman berkata, faktor teknikal kenderaan serta bentuk muka bumi jalan raya turut menyumbang kepada berlakunya kes kemalangan.

Katanya, keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan lebat semasa tempoh Op Selamat 21 sehingga jalan licin menjadi penyebab kepada kegagalan pemandu untuk mengawal kenderaan sehingga berlakunya kemalangan.

Selain itu, beliau berkata, sepanjang Op Selamat 21 juga JSPT memberi perhatian terhadap 18 lokasi hotspot (kawasan panas) dan 46 lokasi blackspot (kawasan hitam) di lebuh raya utama seluruh negara manakala 407 lokasi hotspot serta 76 lokasi blackspot di jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran dan lain-lain.

"Pemantauan dibuat secara berterusan bagi memberi bantuan kepada pengguna jalan raya sekiranya menghadapi masalah kerosakan kenderaan atau kecemasan yang memerlukan perhatian segera.

"Tindakan penguatkuasaan juga diambil terhadap pengguna jalan raya yang ingkar melakukan kesalahan menjurus kepada kemalangan," katanya.

Kata beliau, melalui usaha dan kerjasama pelbagai agensi serta jabatan berjaya mengurangkan kadar kemalangan serta memberi keyakinan kepada masyarakat akan keselamatan diri dan harta benda.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, setiap hari statistik kemalangan jalan raya dan kematian akan dikeluarkan secara 'real…
Berita Domestik
Kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari…
Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…