Jual pelincir Shell secara online atau pasaraya besar - 4 dari 12 adalah produk PALSU!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama Shell memang antara jenama yang paling dipercayai di Malaysia.

Berusia lebih dari 127 tahun, Shell memang sinonim untuk bahan api dan produk pelincir dan kerana itu ia juga mengalami mangsa penipuan dan pemalsuan.

Tahun lalu, Shell mengadakan ujian makmal secara rawak terhadap sampel-sampel produk yang didakwa sebagai produk tulen Shell.

Sampel-sampel itu dijual secara dalam talian dan juga di pasaraya-pasaraya besar.

Keputusan ujian mendapati empat dari 12 botol yang dijual itu adalah produk tiruan.

Baru-baru ini Shell mengadakan bengkel latihan khas yang dihadiri oleh hampir 100 orang pegawai agensi penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan membezakan antara prpduk Shell tulen dan yang tiruan.

 

 

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan melahirkan penghargaan kepada mereka kerana memberikan perhatian serius terhadap isu ini yang mengancam reputasi Shell dan menjejaskan mata pencarian pemilik bengkel yang menjalankan perniagaan mereka dengan jujur.

"Kerana itulah kami sentiasa menasihatkan para pengguna supaya membeli pelincir rasmi Shell yang tulen yang didatangkan dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ serta kod QR yang boleh disahkan ketulenannya melalui laman web SHARE (www.shell.com.my/share), serta dari kedai-kedai yang berdaftar untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kerosakan yang tidak boleh dipulihkan pada kenderaan mereka,” kata May.

 
Sekiranya anda merasakan bahawa anda telah terbeli pelincir Shell tiruan, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan Shell di 1300 88 1808 atau e-mel [email protected].

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia mematuhi spesifikasi ACEA E6 dan ACEA E9 Eropah serta mendapat kelulusan pengeluar untuk…
Berita Domestik
  Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd…
Berita Domestik
Diesel Euro 5  sudah lama diperkenalkan di pasaran Malaysia, namun ia tidaklah boleh didapati…