Shell batal rancangan tutup 34 stesen minyak di Sabah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Shell membatalkan rancangannya untuk menutup 34 stesen minyak di Sabah menjelang Januari tahun depan, susulan siri perbincangan dengan kerajaan negeri, menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu pada Selasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan sama berkata kerajaan negeri mengalu-alukan berita baik itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap situasi di Sabah," katanya.

Menurut kenyataan itu susulan daripada pengumuman Shell mengenai rancangan penutupan tersebut pada Jun lepas, Hajiji telah bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman untuk membincangkan perkara berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan di bawah Shell Timur Sdn Bhd akan ditutup menjelang Januari tahun depan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen yang berlangsung selama enam minggu bermula dari 17 Ogos sehingga 27 September 2020 ini…
Berita Domestik
Sumbangan tersebut disalurkan kepada para petugas baris hadapan di Hospital Sungai Buloh, Hospital…