JUALAN EV GLOBAL MENINGKAT 12% PADA BULAN MAC

oleh Firdaus Razani|
Firma penyelidikan pasaran, Rho Motion melaporkan jualan global kenderaan elektrik dan plug-in hybrid (PHEV) meningkat 12 peratus pada Mac berbanding bulan yang sama pada 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peningkatan jualan itu dilihat dipengaruhi oleh pertumbuhan di pasaran China dan Amerika Syarikat, manakala di Eropah menunjukkan penurunan sebanyak sembilan peratus.

"Secara keseluruhan, pertumbuhan jualan telah perlahan tetapi ia masih agak positif," kata Charles Lester, pengurus data di Rho Motion, kepada Reuters.

Permintaan jualan untuk kereta elektrik telah berkurangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana pengguna menunggu lebih banyak model mampu milik untuk memasuki pasaran.

Jualan kenderaan elektrik global meningkat kepada 1.23 juta unit pada bulan Mac.

Jualan meningkat 27 peratus di China dan 15 peratus di Amerika Syarikat dan Kanada.

Rho Motion telah meramalkan bahawa jualan kereta elektrik global akan meningkat antara 25 peratus dan 30 peratus tahun ini.

Lester berkata bahawa pertumbuhan global mungkin kini lebih hampir kepada bahagian bawah ramalan itu.

 

SUMBER : Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, pelakon komedi itu telah dipersalahkan kerana dikatakan menjatuhkan reputasi…
Berita Global
Ia merupakan satu respon kepada undang-undang yang dilaksanakan di negeri lain bagi menghalang…