Jualan Honda N-BOX lepasi 2.5 juta unit, model baharu terlaris di Jepun pada 2023!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-BOX 2023
Honda N-BOX 2023
Kereta mini (kei-car) kegemaran ramai Honda N-BOX telah memasuki generasi ketiga selepas diperkenal di Jepun pada Ogos 2023.

Kepada yang berkenan dan bertanya bila mahu dibawa masuk, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun.

Jangkakan harga tinggi kerana keadaannya yang baharu berbanding unit N-BOX sedia ada di pasaran.

Sebelum memenangi hati rakyat tempatan, N-BOX terlebih dahulu menjadi pilihan utama pengguna di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Cumulative domestic sales of the N-BOX series - 2.5 million units in 2023
Dari 2011 hingga 2023, jualan melebihi 2.5 juta unit!

 

Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-BOX +, N-BOX Slash) telah pun melepasi angka 2.5 juta unit pada penghujung 2023.

N-BOX dijual sebanyak 231,385 unit pada 2023 dan menduduki tangga pertama jualan kereta baharu (termasuk kereta yang didaftarkan).

Prestasi itu mengulangi penguasaan 2022 dan tahun kesembilan berturut-turut menjuarai carta jualan kei-car.

 

N-BOX No. 1 in new car sales for 2 consecutive years
Dua tahun berturut-turut jadi juara!

 

N-BOX generasi pertama dijual pada Disember 2011 dan prestasi jualan tahunan selepas itu tekal ratusan ribu unit.

Jualan paling rendah dirakamkan pada 2014 berjumlah 179,930 unit. Paling tinggi pada 2019 dengan jumlah 253,500 unit sebelum turun pada 2020 dan 2021.

Prestasi semakin memulih seperti yang boleh dilihat pada 2023 dan dijangka terus cemerlang susulan penjualan generasi ketiga.

 

N-BOX series No. 1 in light vehicle sales for 9 consecutive years
Kei-car terlaris dalam tempoh sembilan tahun sejak 2015

 

N-BOX digerakkan enjin 660cc turbo dan 660cc naturally-aspirated yang dipadan bersama kotak gear CVT dan pacuan dua (FF) atau empat roda (4WD).

Varian asas N-BOX 660 FF dijual pada harga 1,648,900 yen (RM52,399). Varian premium N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style dua tona berharga 2,362,800 yen (RM75,117).

Selain varian yang dikeluarkan kilang, pengguna di Jepun ditawarkan kit aksesori Honda Access untuk N-BOX mereka.

 

Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE

 

Prestasi Honda N-BOX sejak 2011:

  • Disember 2011: Jualan N-BOX
  • Julai 2012: Jualan N-BOX + 
  • Mac 2014: Jualan cecah 50,000 unit
  • Disember 2014: Jualan N-BOX Slash
  • Disember 2016: Jualan cecah 1 juta unit
  • September 2017: N-BOX generasi kedua dilancar
  • Februari 2019: Jualan cecah 1.5 juta unit
  • Mei 2021: Jualan cecah 2 juta unit
  • Oktober 2023: N-BOX generasi ketiga dilancar
  • Disember 2023: Jualan cecah 2.5 juta unit (2,532,580 unit)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda N-BOX MODERN CASUAL STYLE

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…
Berita Global
Rekaan N-BOX generasi ketiga ini dilihat mengekalkan bentuk asas yang berpetak, namun ia telah…