MUGEN lancar kit badan sporti untuk Honda N-Box, N-Box Custom di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Selepas sebulan pelancaran generasi baharu kei-car Honda N-Box di pasaran Jepun, para pemilik kini boleh mendapatkan aksesori terbaharu yang dikeluarkan oleh Mugen.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan spoiler di bahagian sisi, kemasan pada jeriji hadapan, visor tingkap berventilasi, kemasan decal, serta rim aluminium MDY bersaiz 15 inci.
 

mugen


Penampilan dalam ruang kabin boleh diserikan dengan kehadiran alas lantai sports dalam tiga pilihan warna, serta pelbagai aksesori yang bakal diperkenalkan kelak.

Mugen tidak melupakan penawaran aksesori untuk varian N-Box CUSTOM, di mana ia juga turut mendapat dua pilihan spoiler hadapan, spoiler sisi dan belakang, kemasan jeriji hadapan, emblem Mugen dan rim aluminium MDY bersaiz 15 inci.
 

mugen


Baca: Honda N-Box generasi ketiga rasmi di Jepun

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Jepun itu bakal mempamerkan dua buah Civic FL5 dengan hasil modifikasi terbaharunya…
Gaya Hidup
Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan…
Gaya Hidup
Ia didatangkan dengan skema empat warna jenama MUGEN, di mana terdapat jalur putih, merah dan emas…