JUALAN HUJUNG MINGGU SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN VOLVO CARS YANG KE-97!

oleh Firdaus Razani|
Volvo Car Malaysia bakal mengadakan sebuah tawaran hebat di acara Volvo Birthday Sale bersempena ulang tahun ke-97 Volvo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April bertempat di Sentul Depot atau di pengedar-pengedar Volvo di seluruh Malaysia.

 

volvo

 

Acara jualan ini juga akan menunjukkan komitmen Volvo untuk masa depan dengan menggalakkan pelanggan melangkah ke arah mobiliti peribadi yang lebih mampan.

Di samping itu, Volvo Car Malaysia turut memperkenalkan semula Volvo C40 yang dipertingkatkan, dengan naik taraf pada bateri dan pengecasan, perubahan rangkaian kuasa dan teknologi lampu depan pixel.

Selain itu, turut diperkenalkan juga XC40 Recharge Pure Electric yang dijanakan dengan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa output sehingga 408hp dan mampu bergerak dengan jarak gerak 438km.

Pelanggan dan peminat boleh mendaftar di pautan RSVP ini.

Tambahan itu, Volvo turut menawarkan tawaran ‘Top-Secret’ untuk model elektriknya iaitu Volvo XC40 dan C40 Recharge Pure Electric.

Tawaran ini menjadi tambahan kepada promosi semasa Volvo pada bulan April yang menawarkan rebat tunai sehingga RM15,000 untuk kedua-dua model elektrik sepenuhnya – Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric

Pelanggan dan peminat juga boleh menikmati diskaun bagi model terpakai yang diluluskan oleh Volvo SELEKT serta keseluruhan rangkaian kereta Volvo hibrid plug-in elektriknya.

Bagi meraikan hari lahir Volvo, 97 tempahan pertama yang dibuat dalam tempoh tiga hari akan mendapat barangan dan hadiah eksklusif Volvo.

Tambahan pula, pelanggan yang melengkapkan pembelian mereka daripada Jualan Ulang Tahun Volvo pada bulan berikutnya turut berpeluang memenangi hadiah utama iaitu ke percutian untuk dua orang ke tanah air Volvo di Gothenburg, Sweden dan melawat World of Volvo yang serba baharu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…
Berita Global
Menurut laporan daripada Teknikens Värld, unit prototaip sedan pra-produksi itu baharu sahaja…