Jumlah jualan September meningkat 153 peratus - MAA

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia mencatatkan jualan sebanyak 44,275 unit kenderaan baharu pada September 2021 berbanding 57,758 unit pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MAA dalam satu kenyataan berkata, jumlah jualan tahun ke tahun bagi September 2021 jatuh 7.0 peratus kepada 318,874 unit daripada 344,019 unit bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Jualan kenderaan penumpang turun kepada 38,315 unit daripada 52,704 unit pada September 2020, manakala jualan kenderaan perdagangan meningkat kepada 5,960 unit berbanding 5,054 unit sebelum itu.

Dalam pada itu, katanya jumlah jualan keseluruhan industri bagi September 2021 naik 153 peratus berbanding 17,500 unit pada Ogos 2021, disebabkan oleh pemulihan operasi perniagaan sebulan penuh di seluruh negara susulan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kekurangan cip mempengaruhi penjualan barangan tertentu yang menyebabkan beberapa pembatalan pesanan akibat ‘sentimen pelanggan yang rendah’,” katanya.

MAA berkata dari segi jumlah pengeluaran, sebanyak 45,972 unit kenderaan dikeluarkan pada September 2021 berbanding 51,987 unit pada September 2020.

Katanya, pengeluaran kenderaan penumpang menurun kepada 42,556 unit daripada 49,966  unit manakala kenderaan perdagangan melonjak kepada 3,416 unit daripada 2,021 unit sebelum itu.

Mengenai prospek masa depan, MAA berkata jualan pada Oktober 2021 dijangka lebih baik berbanding September 2021 berikutan operasi perniagaan di seluruh negara semakin pulih dan syarikat meningkatkan pengeluaran serta serahan kenderaan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jualan bulan Jun mencatatkan jumlah 14,351 unit terjual (domestik + eksport), menjadikan jumlah…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh Oktober 2021, jualan kenderaan Toyota dan Lexus adalah sebanyak 8,500 unit, atau…
Berita Domestik
  MAA dalam kenyataannya berkata, jualan kenderaan penumpang turun 63.4 peratus kepada 20,456 unit…