Proton catat 28.6 peratus jualan bagi separuh pertama tahun 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
2023 sememangnya menyaksikan tahun terbaik buat Proton semenjak tahun 2012 apabila berjaya mencatat kenaikan jualan sepanjang separuh pertama tahun ini, dengan mencatatkan peningkatan 28.6 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan bulan Jun mencatatkan jumlah 14,351 unit terjual (domestik + eksport), menjadikan jumlah jualan bagi separuh tahun ini sebanyak 77,321 unit.

Angka itu menyaksikan peningkatan 28.6 peratus berbanding tahun sebelumnya dan mengatasi pertumbuhan jualan untuk industri lebih daripada tiga kali ganda.

Jumlah volum industri (TIV) untuk bulan Jun dianggarkan sebanyak 61,900 unit dan hasilnya, pegangan pasaran Proton dianggarkan pada 23.2 peratus.

 

2

 

Manakala angka pegangan pasaran tahun sehingga kini telah meningkat semula kepada 21.3 peratus, satu peningkatan sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh yang sama dari tahun 2022.

Ia kini merupakan angka pertumbuhan tertinggi di kalangan lima jenama teratas pasaran automotif Malaysia, yang juga meningkat sebanyak 9.4 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Hampir semua model Proton berjaya mencatat jualan terbaik dan untuk 5 model terbaik secara keseluruhan, Proton Saga masih kekal sebagai model paling laris dengan 6,111 unit terjual, Saga kini kembali sebagai pendahulu sedan segmen A.

Diikuti oleh Proton X50 selaku SUV segmen B paling laris dengan 2,449 unit, Proton Persona (2,254 unit), Proton X70 (1,245 unit) dan keluarga terbaharunya Proton X90 (1,082 unit), yang kini merupakan pendahulu SUV segmen D.

 

3

 

Proton Exora selaku model paling tua turut kekal mencatatkan jualan baik dengan 368 unit, dimana ianya kekal sebagai MPV segmen C paling laris di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, “Prestasi PROTON pada separuh pertama tahun 2023 patut diberi perhatian kerana kami mencapai permulaan tahunan yang terbaik sejak tahun 2012 dan juga berada di landasan untuk pertumbuhan jualan bagi tahun kelima berturut-turut."

"Angka-angka itu menunjukkan permintaan untuk produk kami kekal kukuh walaupun unjuran pengurangan kuasa beli untuk pengguna, dan ini terbukti dengan kadar pertumbuhan kami yang mengatasi pasaran keseluruhan lebih tiga kali ganda."

 

4

 

"Ia juga menunjukkan bahawa strategi kami menawarkan produk berkualiti tinggi dengan teknologi ketersambungan pada harga yang berbeza-beza membolehkan kami meliputi sebahagian besar pembeli kereta Malaysia."

“Untuk separuh kedua tahun ini, PROTON yakin kami mempunyai produk dan strategi promosi untuk meneruskan trajektori pertumbuhan kami."

"Kami juga akan melaksanakan rancangan kami untuk mengemas kini rangkaian kami, melancarkan kemasukan kami ke pasaran EV Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk kami melalui pelaburan yang diumumkan tahun ini untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran kami.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…