Jurutera mekanikal PETRONAS terajui SIC

oleh Mohamad Hanif|
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini menyaksikan pertukaran pucuk pimpinan apabila melantik Azhan Shafriman Hanif sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan peranan Dato' Razlan Razali yang berakhir pada 7 April 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berpengalaman di dalam pasukan PETRONAS selama lebih daripada 13 tahun, jurutera mekanikal PETRONAS itu tidaklah asing di dalam sektor sukan permotoran.

Malah, beliau turut memfokuskan diri di dalam pelbagai acara berasaskan penajaan permotoran, serta kerjasama strategik bersama OEM bagi membangunkan bakat di dalam kedua-dua sukan dua roda dan empat roda seperti F1, MotoGP dan juga Cub Prix.

Ketika diminta mengulas berkenaan pelantikan ini, Shafriman berkata, "ia merupakan satu kebanggaan apabila diberikan tanggungjawab ini. Dato' Razlan telah meninggalkan satu legasi yang cukup besar untuk diisi, namun saya percaya saya mampu memberikan satu perspektif yang unik berdasarkan pengalaman di PETRONAS.

Dalam pada itu, Shafriman juga akan turut memfokuskan kepada kekurangan perniagaan yang dihadapi ketika ketidaktentuan ekonomi untuk jangka masa pendek, serta kerjasama baharu dan langkah yang mampan untuk jangka masa yang panjang.

Shafriman juga akan meneruskan Pelan Utama SIC yang dibentangkan pada tahun 2014 iaitu menjadikan SIC sebagai hub sukan dan edutainmen yang tercanggih di Asia, di mana ia akan turut merangkumi pembangunan fasiliti Driving Experience Cenre, litar off-road, litar drag, hotel, serta taman tema.

Setelah 11 tahun berkhidmat sebagai CEO SIC, Dato' Razlan Razali akan terus menumpukan tugas beliau sebagai Ketua Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team di dalam MotoGP bagi memfokuskan kepada aspek penajaan, serta memperkukuhkan pasukan sebagai satu platform buat rakyat Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…