Kadar khas kompaun RM20 tamat Ahad ini - DBKL

oleh Mohamad Hanif|
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menamatkan kadar kompaun khas serendah RM20 berkuat-kuasa pada 30 September (Ahad) ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, sejak pihak DBKL mengumumkan kadar khas tersebut, sejumlah 105,646 notis saman telah dijelaskan dengan jumlah bayaran bernilai RM3,215,100.00. 

Sehingga 25 September 2018, sebanyak RM4 juta nilai saman yang masih belum dijelaskan oleh pesalah trafik dan orang ramai dinasihatkan supaya bertindak dengan segera bagi mengelakkan kes dibawa ke mahkamah dan mengelakkan risiko disenaraihitamkan. 


Pembayaran boleh dilakukan menerusi kaunter bayaran saman dan kiosk DBKL, kaunter pejabat pos di seluruh Malaysia, atau bayar menerusi laman web MyEG di www.myeg.com.my atau menerusi aplikasi MOBIS (Android dan iOS). 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Berita Domestik
  DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan…