DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL bermula jam 9.30 malam.
"Dalam operasi itu, DBKL mengeluarkan 75 notis kompaun dan 24 tindakan tunda terhadap kenderaan yang membuat kesalahan menghalang lalulintas dan meletak kenderaan di laluan awam serta tidak dibenarkan.
"Kenderaan ditunda ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, operasi berkenaan akan diteruskan di lokasi tumpuan lain dan pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.