Kadar penembusan EEV dijangka 90 peratus untuk tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Sektor automotif akan terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara, melihatkan kepada prestasi yang cukup baik di dalam beberapa aspek seperti kenderaan cekap tenaga (EEV), eksport komponen, pembangunan sumber manusia serta jualan dan produksi domestik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa langkah dan perancangan berdasarkan Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) akan diusahakan untuk merancakkan lagi pembangunan sektor NxGV (kenderaan generasi berikutnya) dan Mobiliti sebagai sebuah servis (MaaS), termasuklah adaptasi Industri 4.0.

Sehubungan dengan itu, kerajaan akan membangunkan sebuah pusat EV Interoperability Centre (EVIC) yang merangkumi beberapa buah fasiliti pengujian NxGV seperti pusat pengecasan, integrasi grid pintar serta infrastruktur yang berkaitan. 

NxGV Test Bed juga sedang di dalam perancangan bagi membolehkan kesemua entiti perniagaan di dalam ekosistem menyumbangkan idea dan produk yang mampu merancakkan lagi pembangunan ciri pemanduan autonomi. 

 


Fokus juga akan turut diberikan kepada perkara-perkara berikut seperti:

  • Pemeriksaan kenderaan - kesesuaian kenderaan untuk kegunaan jalan raya
  • Pemeriksaan kenderaan - penilaian kenderaan terpakai
  • Servis, alat ganti, dan Jualan (3S)
  • Servis, alat ganti, jualan dan pembaikan kenderaan (4S)

Industri automotif negara untuk tahun 2020 dijangka akan meningkat dari sudut TPV dan TIV, masing-masing pada angka 578,000 unit dan 610,000 unit. 

Untuk tahun 2020, kadar penembusan EEV juga dijangka akan meningkat sehingga 90 peratus, manakala eksport komponen dan alat ganti termasuklah komponen yang dihasilkan semula dijangka menyumbang RM16 billion kepada industri. 

 


Antara pencapaian tahun lalu (2019) yang digariskan termasuklah:

1. Sektor Eksport

Secara keseluruhan, sektor eksport untuk industri automotif berjaya merekodkan transaksi bernilai RM15.45 billion pada tahun lalu, dengan eksport komponen dan alat ganti bernilai RM13.7 billion untuk tempoh yang sama. 

Eksport komponen yang dihasilkan semula juga turut mencatatkan nilai RM722 juta.

Jumlah Volum Industri (TIV) dan Jumlah Volum Produksi (TPV) turut meningkat kepada angka 604,287 unit dan 571,632 unit, dengan nisbah TPV kepada TIV meningkat kepada 95 peratus, iaitu rekod tertinggi semenjak tahun 2014.
 

2. Peluang Pekerjaan

Industri automotif turut membuktikan mampu mencipta pelbagai peluang pekerjaan di dalam sektor pembuatan dan aftermarket, dengan fokus kepada adaptasi teknologi Industri 4.0. 

Secara kasarnya, sebanyak 65,388 peluang pekerjaan telah disediakan pada tahun 2019 di dalam kedua-dua sektor yang disebutkan tadi. 

 


3. Peningkatan Produktiviti Perniagaan

Menerusi program Lean Production System (LPS) dan Automotive Supplier Excellence Programme (ASEP) yang dianjurkan oleh MARii, ternyata ia berjaya meningkatkan tahap produktiviti terutama di kalangan syarikat tempatan. 

Sebanyak 423 pembekal komponen dan alat ganti telah berjaya mencapai Tahap Ketiga Rantaian Bekalan, manakala 63 syarikat pula berjaya mencapai Tahap Kelima. 

Ini bermakna, 66 peratus daripada vendor dan pembekal komponen di Malaysia berjaya mencapai tahap ketiga dan keatas di dalam rantaian bekalan.

Manakala lebih daripada 1,000 buah bengkel dan pengedar berjaya meningkatkan tahap operasi perniagaan menerusi Workshop Transformation Programme (WTP) dan Dealers Entrepreneurship Enhancement Programme (DEEP).
 

4. Peningkatan minat terhadap EEV

Semenjak penarafan EEV diperkenalkan, umum mula melahirkanrasa minat terhadap kenderaan baharu yang lebih cekap tenaga, menjimatkan bahan api, kurang emisi karbon dan trenkuasa yang lebih futuristik.

Menurut rekod, EEV berjaya mencatatkan rekod penetrasi di kalangan rakyat sebanyak 87.58 peratus kesan daripada penganjuran acara seperti Malaysia Autoshow, Car Care Week dan Safe Car. 

Tahun lalu, acara anjuran MARii berjaya menarik kunjungan melebihi angka 600 ribu, satu peningkatan drastik berbanding angka pada tahun 2018 (422,113 orang). 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini dapat dilihat dengan sokongan berterusan terhadap lokalisasi komponen yang merupakan tulang…
Berita Global
Tindakan itu dilakukan untuk memastikan Singapura bertukar kepada negara yang mengamalkan ekonomi…
Berita Domestik
Malah, Perodua dijangka akan mengedarkan kira-kira 5,600 unit Perodua Bezza 2020 pada akhir Januari…