Kajian LRT Pulau Pinang siap awal 2024

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri, Zairil Khir Johari, berkata kajian yang dijangka siap awal tahun depan itu akan memberi lebih banyak perincian terhdap projek LRT Pulau Pinang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.

Beliau menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Bukit Tengah) yang ingin tahu butiran dan skop terperinci projek LRT Pulau Pinang pada Persidangan DUN Pulau Pinang pada Selasa.

Menurut Zairil, projek berkenaan sedang dalam peringkat menunggu keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan dan perincian teknikal, iaitu dari segi jajaran dan lokasi stesen LRT.

Beliau berkata bahawa perincian kos, kaedah pelaksanaan serta tarikh permulaan projek juga bergantung kepada keputusan pihak MOT.

Pihak kerajaan negeri, katanya komited untuk memperkasakan pengangkutan awam menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

"Justeru, pengumuman peruntukan bagi pelaksanaan Projek LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai oleh kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 bilion adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang dari segi liputan pengangkutan awam, perkhidmatan dan hubungan antara kawasan kejiranan serta menjadi pemangkin ekonomi negeri," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Cadangan asal jajaran adalah berhenti pada stesen KOMTAR, namun MRT Corp mahu ia dibawa hingga ke…
Berita Domestik
  Beliau berkata berdasarkan perbincangan bersama dengan Kerajaan Negeri dan juga MRT Corp, satu…
Berita Domestik
  Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan pusat hanya membiayai projek LRT dan ia tidak melibatkan…