Kastam Kelantan - Aktiviti seludup RXZ naik sampan di Sungai Golok tumpas

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan berjaya menumpaskan aktiviti membawa masuk motosikal jenis Yamaha RXZ menggunakan sampan di Sungai Golok berhampiran pangkalan haram di Bukit Bunga, Jeli pada 24 September lalu.

Rampasan jam 1 petang itu, berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan cawangan penguatkuasaan Kastam Bukit Bunga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Koh Joo Kai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan sebuah bengkel penyimpanan motosikal terpakai dari negara jiran yang terletak di kampung berhampiran.

"Bertindak atas maklumat dari hasil serbuan yang dilakukan pada 26 September pada jam 11 pagi, pasukan kami berjaya merampas dan menyita 11 buah motosikal terpakai tiada nombor pendaftaran Malaysia yang disyaki diseludup melalui negara jiran.

"Ia melibatkan tiga buah Yamaha RXZ, RX (5), Cryptonx buatan Thailand (1), Honda LC135 (1) dan Wave (1)," katanya semasa sidang akhbar di Pejabat Kastam Kelantan Cawangan Rantau Panjang pada Isnin.

Menurut beliau, kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM15,500 mengikut harga pasaran tempatan dan jumlah cukai yang terlibat ialah RM26,613.50.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik motosikal dan bengkel terbabit.

Joo Kai memberitahu, permintaan tinggi terhadap jenis motosikal tersebut menyebabkan ia banyak diseludup masuk ke negara ini.

"Kami mendapati modus operandi yang digunakan ialah dengan membawa masuk motosikal itu menggunakan sampan ke pangkalan haram kemudian dibawa ke lokasi simpanan sebelum diedarkan kepada pengguna untuk pasaran tempatan," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku di lorong pemeriksaan…
Berita Domestik
"Bagi kenderaan klon ini ianya diseludup dari Singapura. "Kenderaan (motokar) diklasifikasikan…
Berita Domestik
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dibawa dari negara Eropah. "Nilai…