Kawasaki ZX-25R bakal muncul di Malaysia Jumaat ini?

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini, ada sesuatu yang menarik bakal dipamerkan oleh pihak Kawasaki Malaysia.

Menurut sumber, pihak Kawasaki di bawah kendalian Edaran Modenas (EMOS) bakal mempamerkan model superbike yang ditunggu-tunggu ramai - Kawasaki ZX-25R sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.

Berdasarkan laporan terdahulu, pihak Modenas telah mengesahkan kehadiran jentera yang dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris bersesaran 250 cc untuk pasaran Malaysia selepas melancarkan Modenas Ninja 250 dan Z250 pada bulan Julai lepas.
 

ZX-25R


Kawasaki ZX-25R merupakan model dalam segmen suku liter yang hadir dengan konfigurasi enjin empat silinder sebaris dengan angka output 50 kuasa kuda dan 30 Nm daya kilas.

Motosikal ini hadir dengan beberapa teknologi termaju seperti fork hadapan jenis terbaik Showa 37 mm dengan Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) dan penyerap hentak tunggal Horizontal Back-link di belakang.

Secara standard, Kawasaki ZX-25R didatangkan dengan ciri brek anti-kunci dua saluran, namun versi SE menerima ciri tambahan seperti mod tunggangan, sistem kawalan cengkaman dan ciri Kawasaki Quick Shifter (KQS).

Sama-sama kita nantikan kemunculan jentera empat dapur ini di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini.

Berita Berkenaan

MotorGP
  Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai…
Berita Domestik
“Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai…
Berita Global
Percubaan percuma itu boleh dinikmati oleh pelanggan apabila mereka mendaftar pada 22 Mac hingga 4…