SESI MEET & GREET BERSAMA PELUMBA YAMAHA MOTOGP 2024

oleh Firdaus Razani|
Hujung minggu lalu, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) membawakan khas sesi meet & greet bersama pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP 2024 di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan rakan pasukan baharunya, Alex Rins.

 

Motogp

 

Di acara tersebut juga, HLYM juga membawakan aktiviti seperti permainan video MotoGP E-challenge dan jualan barangan eksklusif dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

 

Motogp

 

Selain dari acara meet & greet tersebut, HLYM juga mempamerkan dua buah motosikal Y16ZR 2024 baharu dengan livery khas sempena Winter Test 2024 yang dipersembahkan oleh kedua-dua pelumba tersebut.

 

Motogp

 

Selepas acara tersebut dijalankan di kompleks tersebut, HLYM turut menganjurkan acara menunggang bersama kedua-dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP ke Royal Selangor, Kuala Lumpur.

 

Motogp

 

Seramai lebih 120 penunggang motosikal Yamaha termasuk pasukan media dan pelumba negara, Kasma Daniel menyertai acara menunggang bersama pelumba MotoGP tersebut.

 

Motogp

 

Setelah tiba di Royal Selangor, kedua-dua pelumba MotoGP di bawa melawat ke Muzium Royal Selangor untuk menyaksikan sendiri pembuatan piuter dan koleksi-koleksi pembuatan tersebut.

 

Motogp

 

Untuk makluman, kedua-dua pelumba Yamaha MotoGP akan mulakan sesi winter test bersama jentera Yamaha YZR-M1 baharu mereka di Litar Antarabangsa Sepang mulai 6 hingga 8 Februari 2024.

Motogp

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…