Kawasaki ZX-4R rasmi untuk pasaran Indonesia - Versi RR, hanya 40 unit, harga RM70k

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah Thailand, kali ini giliran Indonesia untuk menerima kemunculan sebuah lagi model sportbike dengan enjin empat silinder sebaris iaitu Kawasaki ZX-4R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

ZX-4R itu dilancarkan secara digital melalui saluran Youtube rasmi Kawasaki Indonesia, dan ianya bakal menjadi peneraju sportbike dalam kelas 400 cc di Indonesia.

2

Pasaran Indonesia bakal menerima versi tertinggi bagi model tersebut iaitu versi RR, dan hanya akan ditawarkan sebanyak 40 unit sahaja.

Kawasaki ZX-4R dihasilkan dengan 3 versi, iaitu versi asas, versi SE dan versi tertingginya RR, dan pasaran Indonesia akan terus menerima versi tertinggi itu sebanyak 40 unit.

3

Apa yang tidak sedap didengar ialah harga yang ditawarkan dimana ianya dijual pada harga mencecah IDR239.9 juta (RM70,031)!

Tentu sekali agak mahal jika dibandingkan dengan motosikal lain dengan sesaran enjin yang lebih besar, namun jika dilihat dari apa yang ditawarkan ianya merupakan antara pembelian berbaloi.

4

Secara asas, Kawasaki ZX-4R dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 399 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 75 PS, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Seperti kebanyakan sportbike masa kini, ianya turut dilengkapi dengan ciri seperti klac Slipper & Assist, penukaran gear pantas Quick Shifter serta Kawasaki Traction Control (KTRC).

 

5

 

Untuk sistem suspensi, bahagian depan ZX-4R dilengkapi fork Showa SFF-BP 37 mm dengan larasan pra-muatan, diikuti dengan penyerap hentak tunggal Balance Free Rear Cushion (BFRC) di belakang (khusus untuk versi RR).

Manakala sistem brek dilengkapi dengan angkup Nissin empat omboh dan rotor berkembar 290 mm di depan, serta angkup omboh tunggal dan rotor 220 mm serta bantuan ABS dua saluran.

 

6

 

ZX-4R juga dihadirkan dengan paparan skrin TFT 4.3 inci berwarna yang memaparkan segala maklumat penting semasa menunggang, serta lengkap dengan pilihan empat mod tunggangan dan dua mod kuasa.

Skrin TFT itu juga boleh disambungkan kepada peranti pintar menerusi Bluetooth dan aplikasi RIDEOLOGY.

 

Sumber: pertamax7.com
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tahun ini, mungkin tahun hadapan, atau mungkin kita takkan dapat merasa langsung jentera…