Ura-ura: Kawasaki Ninja ZX-4R sedang dibangunkan guna enjin empat silinder sebaris ZX-25R?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi motosikal suku liter Kawasaki Ninja ZX-25R di negara-negara jiran (Indonesia dan Filipina), langsung tiada khabar berita berhubung kemasukan jentera tersebut untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin tahun ini, mungkin tahun hadapan, atau mungkin kita takkan dapat merasa langsung jentera khas Kawasaki itu.

Untuk menambahkan lagi kegeraman di hati, timbul pula khabar angin dari negara matahari terbit yang menyebut Kawasaki sedang membangunkan jentera baharu yang hadir dengan enjin empat silinder sebaris, ZX-4R.

Dibangunkan berdasarkan Kawasaki ZX-25R, pihak jurutera melakukan beberapa perubahan seperti membesarkan saiz bore, mengubah omboh dan crank, serta sistem ECU yang dikemaskini bagi menjadikan not enjin yang lebih garang.

Dengan sesaran 400 cc, dijangkakan Kawasaki ZX-4R mampu menghasilkan output kuasa yang lebih tinggi berbanding ZX-25R.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan terhadap kehadiran model ini memandangkan ia hanyalah sekadar spekulasi semata-mata daripada industri motosikal Jepun.

Sumber: Visor Down

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Model Terbaharu
Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…