KB Sentral dijangka siap 2025 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Harian Metro
Kerajaan Kelantan memberi jaminan pembinaan projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Tunjong dekat sini dijangka siap pada hujung 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, projek terbabit bagi menggantikan terminal bas sementara yang sedang beroperasi di Lembah Sireh ketika ini.

Menurutnya, ‘request for proposal’ (RFP) bagi projek KB Sentral ini telah dikeluarkan pada hujung 2020.

“Proses RFP ini sedikit tergendala ekoran pandemik Covid-19 dan kerajaan negeri pada 1 Jun lalu telah memilih satu pembangunan KB Sentral di atas tanah seluas 0.4 hektar yang merangkumi stesen bas bersepadu, bangunan komersial dan pangsapuri.

“Terminal Stesen Bas Bersepadu yang baharu ini dijangka siap pada hujung 2025 manakala keseluruhan pembangunan yang lain akan siap dalam tempoh sembilan tahun,” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sebelum ini, isu stesen bas sementara di Lembah Sireh itu tular di media sosial yang membandingkan dengan kemudahan sama di negeri-negeri lain.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara ini memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri keupayaan sebenar Mitsubishi Triton…
Berita Domestik
Remaja yang dikenali sebagai Amir, 15, memberi alasan dia bersama abang dan lima lagi rakan masing-…
Berita Domestik
Dua lagi mangsa yang parah menerima rawatan di Zon Merah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (…