"Tindakan penjaja seperti itu sebenarnya mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya, selain terhadap diri mereka sendiri.
"Mereka yang menjaja dan juga pembeli, menggunakan cara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang, mengikut peruntukan sedia ada termasuk disaman," katanya kepada Bernama selepas Latihan Gemparan Am Kebakaran Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan operasi secara berkala, tetapi berterusan supaya penjaja akan mematuhi arahan diberikan dan undang-undang.
Difahamkan, pada Julai tahun lalu enam penjaja berusia antara 19 dan 20 tahun ditahan di Jalan Kuala Krai dan Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, dan telah dikenakan saman.
Tindakan tegas pihak polis itu kemudiannya dilihat berjaya menghentikan buat sementara perbuatan menjaja seperti itu, namun kini muncul kembali dan dilihat semakin berleluasa dengan pelbagai jenis jualan makanan ringan seperti burger, bebola daging, jeruk buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.
Sementara itu, Abdullah berkata, Latihan Gemparan Am Kebakaran yang dilaksanakan di IPK Kelantan hari ini, adalah bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran lebih 400 anggota di situ mengenai kebakaran.
Jelasnya dalam latihan ini sekiranya berlaku kebakaran semua anggota dan staf perlu menggunakan tangga dan jangan menggunakan lif untuk keluar daripada bangunan.
- BERNAMA-