Ramai yang menyangka ia sebuah kenderaan kempen promosi terkini daripada Mercedes-Benz, namun sekiranya diamati betul-betul, ia tidaklah sebaik yang disangka.
Berdasarkan perkataan yang tertera pada badan kereta, pemilik kereta C-Class Coupe itu mendakwa tidak berpuas hati dengan pihak khidmat pelanggan Mercedes-Benz yang telah melakukan kerja yang tidak professional.
Pada bahagian sisi kenderaan tertulis ayat yang membawa maksud "Mercedes is trash, 30,000 km clutch set not supported by warranty.", manakala pada bahagian bonet pula menjelaskan dengan lebih terperinci
"Mercedes is trash, starter replaced at 13,000 km, clutch set at 30,000 km, both not covered by warranty"
Mesej tersebut menjelaskan pemilik tersebut menghadapi masalah starter yang telah digantikan pada jarak perbatuan 13,000 km, manakala clutch yang bermasalah pula pada 30,000 km yang ditukar namun tidak dilindungi oleh jaminan pengeluar.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak Mercedes-Benz tempatan bagi menjernihkan keadaan.
Seringkali kita dengar aduan menyatakan pihak pengeluar tidak mahu menggantikan barang yang bermasalah di bawah waranti dan mahu menyalahkan pengguna akibat "penggunaan yang tidak bertanggungjawab".
Kisah pemilik Mercedes dari Serbia ini mengingatkan kita kepada kisah seorang pemilik Honda Accord beberapa tahun lalu yang mendakwa kenderaan miliknya tidak bagus dan sering kali mendatangkan masalah sepanjang tempoh pemilikannya.