Kemalangan babit enam kenderaan, pemandu treler maut

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di kilometer 457, Lebuh Raya Utara-Selatan, di Sungai Buloh, pada malam Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada pukul 9.58 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, sebanyak tujuh anggota serta dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan enam buah kenderaan antaranya sebuah lori treler membawa muatan konkrit dan sebuah lori kontena.

“Baki empat kenderaan lain yang terlibat merupakan kereta Perodua Axia, Honda HRV, Honda City dan Nissan Almera,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pemandu treler berusia 30-an yang terlibat nahas berkenaan didapati tersepit dan sedang dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pemandu lelaki berusia 20-an mengalami cedera ringan,” katanya. 

- Salam takziah kepada keluarga mangsa -

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…