Siasatan awal SUKE mendapati tiga pekerja warga China meninggal dunia sementara pemandu kenderaan yang dihempap itu cedera.
Kejadian berlaku apabila satu komponen kren gantri terjatuh. Punca kemalangan masih disiasat.
Susulan kejadian itu, pasukan ‘Emergency Response Team’ SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas, sila berhubung dengan saluran komunikasi SUKE seperti berikut:
Telefon hotline : 1 300 88 9922
Facebook : PROLINTAS Highways
Twitter : @mySUKEofficial
Emel : [email protected]
Laman web : www.mysuke.com.my
* Gambar-gambar dari media sosial