Kemaskini model Mercedes-Benz C 200 2020 - penawaran enjin 2.0 liter kembali?

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia sebelum ini telah melancarkan model facelift sedan C-Class kira-kira dua tahun lalu, selepas pengenalan rasmi di peringkat global pada acara Geneva Motor Show 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada varian C 300 AMG Line yang membawakan enjin M264 2.0 liter yang menghasilkan 255 kuasa kuda dan 370 Nm, serta varian asas C 200 yang dilengkapi dengan enjin kecil 1.5 liter (184 hp/280 Nm) dengan bantuan EQ Boost (13 hp/160 Nm).

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber yang dipercayai, Mercedes-Benz Malaysia nampaknya sedang mempersiapkan diri untuk melancarkan kemaskini terhadap model sedan C-Class aras mula C 200 tidak lama lagi.

Apa yang menarik perhatian, di samping sedan C-Class bersesaran 1.5 liter itu, pihak MBM turut menambah sebuah lagi varian iaitu C 200 AMG Line dengan nadi 2.0 liter empat silinder sebaris.

Atas kertas, ia mampu menghasilkan 204 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas, berupaya memecut sepantas 7.6 saat dari 0-100 km/j, dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

Mercedes-Benz C 200 AMG Line ini akan didatangkan dalam trim yang lebih sporti, menampilkan beberapa ciri seperti gril radiator berlian, apron hadapan AMG, apron belakang, serta rim AMG aloi ringan bersaiz 18 inci.

Manakala ruang dalaman pula diserikan penampilkan AMG Line yang terdiri daripada bahan kulit ARTICO, upholsteri DINAMICA, pedal sports AMG dan alas lantai AMG.

Spesifikasi penuh hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi model C-Class ini dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan terbaharu dari Jepun mendakwa Mazda sedang membangunkan enjin rotari yang boleh disuap…
Berita Global
Namun, ia bukan sekadar varian 'standard' semata-mata, memandangkan Nissan juga mempunyai…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Spyder7, Lexus juga dikatakan berminat untuk menawarkan kereta…