Kempen 'Jom! Balik Raya Bersama Goodyear', peluang dapat kredit TnG bernilai RM80

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, Goodyear Malaysia mengumumkan kempen 'Jom! Balik Raya Bersama Goodyear' yang menawarkan kredit Touch 'n Go bernilai sehingga RM80 dengan setiap pembelian tayar di bawah program Worry Free Assurance (WFA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen yang bermula dari 8 April hingga 8 Jun 2022 ini mengenakan syarat seperti berikut:
1. Pembelian minimum dua unit tayar Goodyear WFA bersaiz 17 inci dan ke atas
2. Mendaftarkan pembelian WFA dengan mengisi butiran peribadi, memuat naik resit dan memilih kedai pembelian
3. SMS pengesahan akan dihantar oleh Goodyear
4. Penyertaan yang layak akan menerima kredit Touch 'n Go dalam tempoh 14 hari selepas pengesahan dibuat.

Penawaran kredit TnG ini hanya sah kepada pelanggan yang membeli produk tayar di pengedar sah Goodyear, atau menerusi laman membeli belah dalam talian Shopee dan Lazada.
 

WFA


Untuk menebus hadiah, kad WFA dengan nombor siri adalah diperlukan, jadi Goodyear menyarankan para pengguna supaya segera membuat pendaftaran akaun WFA untuk mendapat manfaat yang lebih banyak.

Program Worry Free Assurance ini menawarkan perlindungan daripada bahaya jalan raya sehingga enam bulan dari tarikh pembelian, di mana pengguna boleh mendapatkan tayar ganti secara percuma sekiranya berlaku kerosakan yang sukar untuk dibaiki.

Untuk tahun 2022, Goodyear telah mengemaskini terma dan syarat di mana setiap pembelian tayar akan dijamin selama lima tahun dari tarikh pembelian, dan bukannya tarikh pembuatan yang tercetak atas tayar.

Namun, sekiranya invois asal tidak didapati, jaminan ini akan melindungi pengguna bermula dari tarikh asal pembuatan tayar tersebut.
 

Waaa


Sebagai makluman, program Goodyear WFA merangkumi pelbagai jenis produk tayar yang turut merangkumi siri Eagle F1, EfficientGrip, Assurance MaxGuard SUV, Assurance TripleMax & TripleMax 2, serta siri tayar Run on Flat (ROF).

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.goodyear.com/my atau dengan mengikuti Goodyear Malaysia di Facebook dan Instagram.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hari ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rakyat negara itu dilarang ‘bermudik’ atau…
Informasi
  Ketua Strategik Komunikasi KTMB, Ahmad Asri Khalbi, berkata jualan tiket itu membabitkan…