Kempen panggil semula: Barbie Dream Camper

oleh HEZERI SAMSURI|
Kempen panggil semula atau "recall" yang terbaharu di US membabitkan campervan berwarna merah jambu dari Fisher-Price.

Kesemua pemilik kereta Barbie Dream Camper ini diarahkan agar tidak membenarkan anak-anak mereka atau mereka sendiri dari bermain dengan permainan tersebut dan menghubungi Fisher-Price untuk pembaikan percuma.

Model yang terlibat ialah Barbie Dream Camper dengan nombor model FCR29 dan pedal kaki berwarna kelabu.

Nombor model ini tertera pada sebuah label di bawah hud.

Kenderaan ini menggunakan bateri dan mempunyai dapur mainan di belakang. Di US, ia dijual di Walmart dari Julai 2018 sehingga Januari 2019.

Sebanyak 44,000 unit mainan ini dipanggil semula kerana kerosakan yang mungkin akan mengakibatkan kecederaan.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
“Kira-kira 337,000 kereta dengan  29,000 daripadanya di Jerman serta meliputi lima model berbeza…
Berita Global
Yang menarik, isu ini bukan berpunca daripada kecacatan pemasangan kilang, sebaliknya berkaitan…
Berita Global
Di Amerika Syarikat (AS), sebanyak 195,000 kereta turut terlibat. BMW tidak memberikan angka…