Kenapa Cybertruck tidak boleh dijual di Malaysia?

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla Malaysia baharu sahaja membenarkan media tempatan untuk melihat trak EV mereka, Cybertruck dengan lebih dekat.

Menurut syarikat EV itu, unit Cybertruck itu akan dipamerkan di beberapa lokasi di Malaysia untuk tujuan promosi Model 3 dan Model Y mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput untuk melawat pameran-pameran yang akan dianjurkan kelak.

Ada ramai yang bertanya, kenapa Cybertruck ini tidak dijual di Malaysia.

Di sini, kita kupas kembali jawapannya.

 

 

1. Tidak ada varian panduan sebelah kanan

  • Tesla masih tidak mempunyai varian Right Hand Drive (RHD) untuk Cybertruck dan tidak perlu sebenarnya, sekiranya ia hanya fokus untuk pasaran US sahaja.

2. Terlalu berat

  • Cybertruck mempunyai berat kasar antara 4 ke 4.5 tan, dan di Malaysia, lesen memandu kelas D hanya membenarkan pengguna membawa kenderaan tidak melebihi berat kasar 3.5 tan. 
  • Jika Cybertruck mahu dijual di Malaysia, pembelinya perlu memiliki lesen E sekurang-kurangnya untuk memandu trak elektrik itu balik ke rumah.
  • Namun begitu informasi terkini yang kami terima ialah berat Cybertruck ialah di bawah 3 tan, bermakna jika spek ini benar, kita boleh memandunya di sini dengan lesen D sahaja!

 

 

3. Tidak ikut piawaian

  • Setiap kenderaan yang mahu dijual di Malaysia (kecuali kenderaan import terpakai atau recon) perlu lulus ujian VTA (Vehicle Type Approval).
  • Ini ialah untuk memastikan berat, spesifikasi, buatan, kadar keselamatan dan saiz kenderaan itu adalah menurut piawaian WP29 (World Forum for Harmonisation of Vehicle Regulations) serta Undang-Undang Pengangkutan Jalan dan menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Malaysia juga patuh menurut piawaian UNECE dan kenderaan itu perlu mempunyai kelulusan yang sama.
  • Cybertruck buat masa sekarang masih belum dibina untuk menurut piawaian UNECE mahupun piawaian Eropah.
  • Antara masalah yang paling ketara ialah bahagian hadapan Cybertruck yang dipenuhi dengan bucu-bucu tajam yang disyakki tidak akan membantu dalam ujian pelanggaran dengan pejalan kaki - satu ujian yang cukup penting untuk Kesatuan Eropah.

 

 

Jadi itu dia kenapa Cybertruck masih belum boleh dijual di Malaysia (dan sebenarnya di Eropah juga atas sebab yang sama).

Terpulang kepada Elon Musk samada beliau merasakan pasaran lain di dunia ini tidak cukup penting dan hanya cukup untuk jualan dalam pasaran US sahaja.

Untuk melihat model-model Tesla yang ada dalam pasaran, anda boleh berkunjung ke tiga lokasi ini:

• Cyberjaya, Experience Centre: 23A Persiaran APEC, Cyberjaya Selangor Darul Ehsan, 63000

• Pavilion Damansara Heights, Experience Centre: Lot 2.27.11, Level 2, Pavilion Damansara Heights,
Kuala Lumpur 50490

• Sunway Big Box, car displays and test drive service: East Wing, 1 Persiaran Medini 5, 79250 Iskandar
Puteri, Johor

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…